Kursus Pengawas Perpustakaan

Kursus Pengawas Perpustakaan

Alhamdulillah thumma Alhamdulillah

Terima kasih diucapkan kepada Puan Anita dan Puan Siti Salwa.
Wakil dari Sektor Sumber Teknologi Pendidikan, Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan

Ternyata anak-anak seronok dengan penyampaian dan amanat yang diberikan sewaktu Kursus Motivasi dan Pembangunan Pengawas Pusat Sumber SRIAAN.

Moga direzekikan Allah untuk bekerjasama lagi di masa akan datang.

Inilah keluarga kecil kami.
Sungguhpun kecil, anak-anak ini semangatnya besar.

Membawa semangat Pustaka Baitul Hikmah,
Menyebar ilmu, memperkukuh tamadun.

In shaa Allah.

Kejohanan Renang MSSNS 2020

Kejohanan Renang MSSNS 2020

Al-Amin Nilai sertai Kejohanan Akuatik 2020 Peringkat Negeri anjuran Majlis Sukan Sekolah Negeri Sembilan

Alhamdulillah, buat julung kalinya SRIAAN menghantar wakil dalam Kejohanan Akuatik 2020 Peringkat Negeri anjuran Majlis Sukan Sekolah Negeri Sembilan pada 27-29 febuari 2020 lalu. Pencapaian yang amat baik berjaya dicapai oleh perenang SRIAAN dari segi catatan masa terpantas dari catatan masa yang direkodkan semasa pendaftaran. Semua perenang sekolah berjaya menghabiskan acara masing-masing dengan baik tanpa dikenakan denda dan Disqualified. Kejohanan yang berlangsung selama 3 hari itu diwakili oleh :
• Muhammad Isyraq Iman bin Zun Azwar
• M. Khalif Riefqi bin Mohd Hatta
• Raja Ahmad Haziq bin Raja Shahrul Nizam
• Aiman bin Muhammad
• Adam Hazim bin Muhammad Hanif
• Hayyan Sofii bin Nurul Helmi
• Qhaira Khadeejah binti M. Saiful Nazim
• Aida Hannani binti Mohd Firdaus