PERMOHONAN KEMASUKAN MURID TAHUN 1 SESI 2021

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum wrh wbt.

Sukacita dimaklumkan bahawa Permohonan Kemasukan Tahun 1 Sesi 2021 dibuka pada 1 April hingga 30 Jun 2020.

Prosedur kemasukan :
1. Ibubapa/penjaga perlu mengisi borang secara online di PENDAFTARAN TAHUN 1. (Bermula 1 April 2020)
2. Hadiri ujian kemasukan murid & sesi temubual ibu bapa. *Sila bawa salinan dokumen yang diperlukan semasa menghadiri ujian kemasukan murid & sesi temubual ibu bapa :
– Salinan Sijil Lahir 

– Salinan MyKid Murid
– Salinan Kad Pengenalan Ibu&bapa/Penjaga
– 2 Keping Gambar Passport Murid
– Wang Proses RM 50.00
3. Hadiri kursus keibubapaan (ibu bapa sahaja). *akan dimaklumkan kemudian
4. Semak status permohonan di SEMAKAN STATUS.
5. Membuat pembayaran pendaftaran. Membeli buku dan pakaian di koperasi sekolah.
*Sebarang perubahan tarikh akan dimaklumkan kemudian.

Yuran pemprosesan sebanyak RM 50.00 hendaklah dibayar ke:

Bank Maybank
PENDIDIKAN IKRAM MUSLEH (NILAI) SDN BHD
555 108 303 295

Emelkan bukti pembayaran berserta maklumat murid ke emel sekolah kewangan@alaminnilai.edu.my seperti berikut :

✅ Nama calon murid:
✅ No ic calon murid:

📩 Lampirkan bukti pembayaran.

❗Pendaftaran hanya dianggap lengkap setelah bayaran diterima.

Antaran SYARAT KEMASUKAN ialah:
1. Warganegara malaysia. 
2. Berada dalam kohortumur yang diluluskan oleh KPM. (Lahir pada 2 Januari 2014 hingga 1 Januari 2015 SAHAJA
3. Menguasai kemahiran asas membaca, menulis dalam bahasa melayu, bahasa inggeris, jawi dan bahasa arab. 
4. Menguasai kemahiran asas mengira. 
5. Boleh membaca sekurang-kurangnya iqra’ 3. 
6. Lulus semua ujian kemasukan (lisan & bertulis) 
7. Lulus temubual ibubapa. 
8. Ibu bapa hadiri program keibubapaan anjuran sekolah. 
9. Tiada tunggakan yuran bagi ibu bapa lama.
10. Memenuhi syarat-syarat lain yang ditetapkan oleh lembaga pengelola sekolah.

Sekian, terima kasih.


PIHAK SEKOLAH AKAN MEMBUAT MAKLUMAN MELALUI EMEL, SMS BLAST DAN HEBAHAN FB BERKENAAN UJIAN KEMASUKAN MURID, SESI TEMUBUAL IBUBAPA/PENJAGA DAN PROGRAM KEIBUBAPAAN.
SILA PASTIKAN EMEL DAN NOMBOR TELEFON YANG DIDAFTARKAN AKTIF.

Untuk pertanyaan dan maklumat lanjut boleh lah menghubungi Pejabat Sekolah di talian 06-7947077.
Sekian, jzkk.