Memo Kewangan Bil 2/2020

Fail: AAN.PIMN (01)/100/01-20 (02)

Tarikh                 :             20 Mei 2020

Kepada               :             Ibubapa/Penjaga SRI AL-Amin Nilai/ Al-Amin Kids Centre

Tujuan                :             Infaq Tabung Operasi Sekolah

1.  Semoga semua ibubapa/penjaga serta anak-anak SRI Al-Amin Nilai dan Al-Amin Kids Centre sentiasa dalam pemeliharaan Allah dalam hari-hari akhir Ramadhan yang penuh barakah ini.

2. Rentetan dari Memo Kewangan bertarikh 20 April 2020 berkaitan penanguhan yuran bermula Mei 2020 dan dapatan kaji selidik rasmi melalui telegram kepada ibubapa/penjaga, pihak syarikat dengan ini membuka TABUNG INFAQ OPERASI bagi memberi ruang kepada ibubapa untuk turut sama menyumbang meringankan bebanan kewangan yang terjejas dengan teruk dengan penanguhan ini.  Sumbangan atau Infaq operasi ini boleh dibuat melalui akaun Maybank sepertimana yuran bulanan dengan menyatakan rujukan INFAQ OPERASI.  Semoga sumbangan ibubapa/penjaga ini akan diganjari Allah dengan kebaikan yang banyak dalam hari-hari terakhir bulan Ramadhan.

3. Selaras dengan pembukaan tabung Infaq Operasi ini, pihak syarikat MEMUTUSKAN UNTUK TIDAK MENGENAKAN SEBARANG YURAN BAGI MEI 2020 namun dalam masa yang sama mengharapkan agar ibubapa/penjaga dapat menyumbang sebahagian dari jumlah yuran ini dalam Tabung Infaq Operasi.  Untuk itu, ibubapa yang telahpun membayar yuran bagi bulan Mei, boleh memilih untuk memasukkannya ke dalam Tabung Infaq Operasi atau membawanya kehadapan untuk yuran-yuran bulanan seterusnya. Begitu juga bagi ibubapa yang telah menyelesaikan bayaran penuh setahun.  Buat masa ini, STATUS YURAN BULANAN JUN MASIH BELUM DIPUTUSKAN  menunggu perkembangan selanjutnya PKPB ini.

4. Dalam masa yang sama juga, penambahbaikan sesi pembelajaran dan pengajaran atas talian akan terus dilakukan sehingga operasi sekolah  dalam berjalan semula seperti biasa dengan Norma baru dan SOP baru.

5. Selamat meneruskan amal-amal soleh dipenghujung Ramadhan ini

Amirasyid Densibali

Pengurus Syarikat